Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,764

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniaga wanita rugi RM50,000 disamun lelaki

11:23am 11/10/2016 Pak Roshan 2045 views Jenayah,Mutakhir
CERMIN kenderaan mangsa yang dipecahkan sebelum penjenayah melarikan beg tangan miliknya berisi wang tunai RM50,000. - Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

CERMIN kenderaan mangsa yang dipecahkan sebelum penjenayah melarikan beg tangan miliknya berisi wang tunai RM50,000. – Foto Ihsan Pembaca SayangSabah

TAWAU: Seorang wanita rugi RM50,000 selepas dirompak ketika menunggu anaknya membeli barang di sebuah pasar raya di Lorong Bunga Tanjung, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, peniaga berusia 43 tahun berkenaan dipercayai baru saja mengeluarkan wang dari sebuah bank di Batu 3, Jalan Apas, untuk perbelanjaan perniagaan ikan kering dan hasil laut diusahakannya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata wang itu disimpan dalam beg tangan yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu.

“Ketika berada di tempat letak kereta sambil menunggu anaknya, mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai mengekorinya dari bank lagi. Lelaki itu memecahkan cermin tingkap bahagian penumpang depan lalu merampas beg tangan dari bawah kerusi pemandu.

“Mangsa cuba menarik beg tangan itu tetapi tidak berjaya sebelum suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama seorang rakan yang menunggu di kawasan berdekatan,” katanya di sini, hari ini.

Fadil berkata, polis kini giat memburu suspek berumur lingkungan 20-an dan tinggi kira-kira 170 sentimeter, berkulit cerah serta berambut pendek lurus dan kes disiasat mengikut Sek 379 Kanun Keseksaan kerana merompak. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan