Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniaga Vape Ibarat Jual Dadah Secara Terbuka – MCTC

7:46pm 07/11/2015 Pak Roshan 84 views Isu Semasa,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) kesal kerana ramai pihak di Malaysia termasuk ahli politik sanggup menggadaikan kesihatan orang ramai demi mempertahankan kepentingan peniaga rokok elektronik (e-rokok).

Presidennya, Dr. Molly Cheah berkata, pihak terbabit telah menggadaikan kepentingan moral dan keselamatan kesihatan generasi akan datang dengan mengkritik niat baik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang e-rokok.

“Apa juga yang menyedihkan adalah keuntungan dengan menggadaikan kesihatan rakyat. Jika demikian kerajaan mungkin membolehkan perniagaan dadah berbahaya yang lain secara terbuka selepas ini.

“Nikotin seperti dadah berbahaya lain yang dikelaskan di bawah Akta Racun 1952 serta tidak boleh dibekalkan tanpa preskripsi pakar kesihatan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Molly berkata, kemudaratan dan bahaya vape mungkin lebih buruk berbanding rokok tembakau kerana kesan teknologi baharu itu masih belum lagi diketahui sepenuhnya.

Namun yang jelas, katanya, vape mempunyai sifat toksik yang sama nikotin, bahan kimia dengan bahaya tambahan peranti mudah meletup yang boleh menyebabkan kecederaan kepada diri pengguna dan orang lain.

Justeru, beliau membidas alasan kononnya e-rokok membantu perokok menghentikan tabiat merokok walhal pada masa sama vape menarik minat jutaan golongan muda termasuk kanak-kanak berusia 12 tahun.

Pada masa ini terdapat 4.7 juta perokok di Malaysia dan (bakal) bertambah lagi satu juta vapers. Kami ingin menanyakan kerajaan berapa ramai perokok yang melalui vaping sebenarnya berhenti merokok?” soalnya.

Sehubungan itu, katanya, MCTC meminta kerajaan mengeluarkan larangan serta-merta kepada penggunaan e-rokok dan vaping demi masa depan rakyat negara ini. –Mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan