Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peniaga terus digesa turunkan harga barang

Sairin Karno (tengah) menyerahkan risalah pencegahan jenayah kepada para peniaga di tamu berkenaan. - foto Kalawon Sawing
Sairin Karno (tengah) menyerahkan risalah pencegahan jenayah kepada para peniaga di tamu berkenaan. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Para petani wajar memanfaatkan penganjuran tamu mingguan untuk memasarkan hasil pertanian mereka termasuk produk-produk makanan.

Menurut Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Sairin Karno, inisiatif kerajaan mewujudkan tamu mingguan bertujuan meningkatkan ekonomi petani di kawasan luar bandar selain menggalakkan penyertaan mereka dalam bidang perniagaan.

“Sejak dahulu lagi, tamu adalah merupakan tempat penduduk kampung untuk memasarkan hasil-hasil pertanian dan diharap tradisi seperti ini,” katanya semasa berucap merasmikan Tamu Simpang Rancangan Pamalan Jamil Yusof, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan turut meminta agar para peniaga dan pembekal barangan runcit dapat menurunkan harga barang mereka berikutan kejatuhan harga minyak global masa kini yang turut berlaku d negara ini.

Katanya, peniaga harus berlaku adil dengan para pengguna yang dibebankan dengan kenaikan harga barang sejak kebelakangan ini dan berikutan harga minyak sudah turun, peniaga dan pembekal juga perlu menurunkan harga barangan yang dijual.

Jelasnya, tiada alasan bagi peniaga tidak boleh menurunkan harga barang sedangkan semasa harga minyak naik, mereka juga telah menaikkan harga barang kerana alasan kos pengangkutan yang tinggi tetapi sekarang mereka perlu menurunkan harga barang berikutan harga minyak di pasaran duina telah menjunam.

Menurut beliau, sekiranya terdapat para pengguna yang menaikkan harga barangan, pengguna hendaklah melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di cawangannya di sini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan