Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peniaga tempatan disaran rebut peluang perniagaan

Hamisa menandatangani papan plak sempena perasmian pelancaran pembukaan Pasar Ekonomi Tanjong Batu Tengah, di sini.
Hamisa menandatangani papan plak sempena perasmian pelancaran pembukaan Pasar Ekonomi Tanjong Batu Tengah, di sini.

TAWAU- Peniaga kecil-kecilan di daerah itu disaran supaya meningkat ekonomi mereka dengan berniaga dalam kepelbagaian perniagaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata semua peniaga kecil-kecilan mempunyai tempat dalam ekonomi ini tetapi bergantung kepada kepandaian dan keupayaan mereka untuk merebut peluang berkenaan.

Beliau berkata banyak peluang disediakan kerajaan tetapi ramai yang tidak ambil peluang.

“Kalau kita tengok sektor pelancongan, ramai pengusaha yang berpuas hati dengan jumlah kemasukan pelancong.

‘‘Orang berniaga yang ingin mendapat faedah dalam ekonomi perlu berubah mengikut hala tuju ekonomi itu sendiri.

Beliau berkata demikian Majlis Pembukaan Pasar Ekononi Tanjong Batu Tengah, di Dataran Pasar Ekonomi Tanjung Batu Tengah, Tawau baru-baru ini.

Hamisa yang juga Adun Tanjung Batu menambah peniaga kecil-kecilan juga tidak akan tercicir sekiranya mereka kekal bersama trend perubahan dalam pasaran dengan menyediakan khidmat tambahan bagi menarik pelanggan.

Ujarnya, keberkesanan menambah baik sesebuah perniagaan memang terbukti berkesan kepada semua jenis perniagaan.

Jelasnya Pasar Ekonomi ini merupakan langkah permulaan bagi peniaga kecil- kecilan bumiputera untuk menjadi tempat memasarkan pelbagai produk pertanian mereka.

“Saya berasa gembira apabila mendapati rakyat dan peniaga tempatan memanfaatkan peluang dan kesempatan sempena pelancaran Pasar Ekonomi ini untuk memasarkan hasil-hasil pertanian mereka bagi menjana pendapatan keluarga.

“Rakyat perlulah sentiasa menyedari bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan aspek pembangunan dan nasib rakyat di luar bandar termasuk di Tawau,” katanya.

Turut hadir sama Pengerusi Persatuan Usahawan Bergerak Melayu Sabah, Kadir Ahmad serta ahli-ahli persatuan.- SayangSabah

Rasmi....Hamisa merasmikan pelancaran pembukaan Pasar Ekonomi Tanjong Batu Tengah, di sini
Rasmi….Hamisa merasmikan pelancaran pembukaan Pasar Ekonomi Tanjong Batu Tengah, di sini

Komen


Berita Berkaitan