Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniaga pasar harus menjaga kebersihan – Hamisa

1:50pm 11/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 24 views Tempatan
LAWAT... Hamisa meninjau keadaan persekitaran Bazaar Ramadan Sabindo dalam lawatan kerjanya ke bazaar berkenaan kelmarin.

LAWAT… Hamisa meninjau keadaan persekitaran Bazaar Ramadan Sabindo dalam lawatan kerjanya ke bazaar berkenaan kelmarin.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat

Hamisa berkata apa juga yang berkaitan dengan makanan, kebersihan harus menjadi keutamaan para peniaga.

“Saya harap mereka mempunyai sikap amat prihatin menjaga kebersihan di premis perniagaan mereka.

“Kita bimbang, jika mereka menyediakan makanan tercemar dan persekitaran kotor, ia akan menyebabkan pengunjung tidak mahu datang lagi.

“Lebih serius lagi apabila berlaku kes-kes keracunan makanan. kesedaran itu perlu menjadi pegangan asas dalam kalangan peniaga dan bukannya mengharapkan pihak berkaitan menjaga kebersihan.

Beliau berkata demikian semasa meninjau keadaan Bazaar Ramadan di Sabindo kelmarin.

Jelasnya, peniaga diminta bekerjasama menjaga kebersihan di tapak perniagaan masing-masing dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada MPS..

Menurut Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu, sikap menjaga kebersihan harus wujud dalam diri peniaga dan bukannya kerana takut dikenakan kompaun atas kesalahan yang mereka lakukan di situ.

“Sikap menjaga kebersihan di ruang niaga masing-masing sangat penting bagi mengelak jangkitan penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan pengunjung dan pada masa sama suasana ceria dapat diwujudkan di pasar berkenaan,” katanya. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan