Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,682

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniaga Naik Harga Barangan Boleh Dikenakan Tindakan Mengikut 10 Akta

6:07pm 05/11/2015 Pak Roshan 55 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

kpdnkk

KOTA KINABALU : Peniaga di Sabah yang menaikkan harga barangan di premis masing-masing akan dikenakan tindakan di bawah 10 akta ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata kebanyakan peniaga hanya menumpukan kepada akta mengenai kawalan harga dan anti pencatutan, berbanding akta lain.

“Satu barang mungkin boleh dikenakan tindakan di bawah 10 akta dan ini sebagai pengajaran supaya peniaga tidak menaikkan harga barang, antaranya harga dipamerkan mengelirukan dan nama-nama barangan yang tidak jelas,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali di Pasaraya CKS, Menggatal dekat sini hari ini.

Jainab berkata pengguna khususnya di kawasan luar bandar juga perlu melaporkan kepada KPDNKK sebarang kenaikan harga yang tidak berpatutan bagi memudahkan pihak berkaitan menjalankan pemantauan.

Pada majlis itu, sebanyak 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena sambutan Deepavali pada Selasa depan, dilancarkan selama 10 hari bermula hari ini.

Antara barangan itu termasuk ayam hidup, ayam sembelih, ayam super, telur ayam gred A, B, C, daging kambing biri-biri import bertulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, ubi kentang import(China) dan kacang dhal (Australia).

Dalam perkembangan lain, Jainab mengesyorkan supaya pembahagian peruntukan sebanyak RM260 juta yang disediakan dalam Bajet 2016 untuk Program 1Harga 1Sarawak serta Program 1Harga 1Sabah dapat diberikan secara seimbang di antara kedua-dua negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah KPDNKK Sabah Yahya Sujak berkata sebanyak 792 aduan diterima dari seluruh negeri berkaitan pelbagai kesalahan harga barangan, yang mana 315 berkaitan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Daripada 314 kes itu, 138 notis dikeluarkan kepada individu dan syarikat yang sedang disiasat dan mungkin didakwa,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan