Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peniaga jual peralatan amat dikesali

Ramlee Marhaban menyerahan surat pelantikan kepada peserta MESEJ.
Ramlee Marhaban menyerahan surat pelantikan kepada peserta MESEJ.

SEMPORNA – Masyarakat di luar bandar  yang menerima bantuan peralatan pertanian daripada kerajaan diingatkan agar tidak menjualnya kepada pihak-pihak tertentu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan singkat.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban berkata, perbuatan yang dilakukan oleh segelintir individu itu bukan sahaja satu tindakan menipu diri sendiri, malah, ia sebenarnya menolak peluang untuk memajukan diri sendiri.

”Usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup dan ekonomi golongan miskin akan menemui kegagalan jika mereka terus berbuat demikian (menjual bantuan peralatan),” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Lantikan Peserta MESEJ Kampung Bakung-Bakung Semporna, di Dewan Majlis Daerah Semporna, di sini hari ini.

Dalam majlis ini seramai 27 peserta telah terpilih di bawah agensi pelaksana Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah.

Tambahnya, masyarakat luar bandar khususnya golongan petani digesa manfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan oleh kerajaan melalui program dan skim serta subsidi bantuan yang diberi kepada golongan tani dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Menurut Ramlee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, kerajaan menyediakan peruntukan berbilion ringgit untuk memperkasakan pembangunan masyarakat luar bandar merangkumi sektor pertanian. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan