Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniaga jangan ambil kesempatan naikkan harga barang-Hamisa

3:58pm 17/06/2016 Leolerry Lajius 40 views Tempatan
Hamisa ketika memeriksa barangan kawalan bersama penguatkuasa KPDNKK cawangan Tawau di Giant Tawau

Hamisa ketika memeriksa barangan kawalan bersama penguatkuasa KPDNKK cawangan Tawau di Giant Tawau.

Tawau :Peniaga di daerah Tawau diminta tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan sepanjangan bulan Ramadhan hingga menjelang Syawal.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Beliau memberitahu, tindakan tegas termasuk denda dan kompaun akan diambil kepada peniaga yang melanggar peraturan tersebut mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Harga 1946.

Menurutnya, peniaga perlu mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang diperkenalkan oleh KPDNKK bagi mengatasi kerenah birokrasi di kalangan peniaga.

Katanya, berpandukan senarai harga barangan terkawal yang dikeluarkan oleh KPDNKK, ia mampu mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

“Skim tersebut dapat mengelakkan peniaga menaikkan harga barang keperluan sesuka hati terutama pada musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Skim Kawasan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa peringkat kawasan Tawau, Kalabakan dan Balung di Giant Tawau kelmarin.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang diperkenalkan kerajaan bertujuan menjaga kebajikan serta meringankan beban golongan berpendapatan rendah ketika menyambut sesuatu perayaan.

Jelasnya skim tersebut dilihat banyak membantu golongan berpendapatan rendah atau kurang mampu dalam mendapatkan barang keperluan ketika musim perayaan.

“Dengan adanya skim ini, ia dapat membantu golongan sasar membeli barang keperluan semasa musim perayaan termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Oleh itu katanya, dengan adanya skim kawalan harga, orang ramai mampu membeli barang keperluan masing-masing dengan harga yang berpatutan.

“Kita minta kerjasama semua peniaga mematuhi harga runcit yang telah ditetapkan di bawah skim kawalan harga ini,” jelas Hamisa.

Sempena Aidilfitri tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mengenal pasti 19 jenis barangan makanan yang akan diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) 2016 yang akan bermula 16 Jun hingga 6 Julai depan.

19 barangan yang terlibat ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan dan daging kerbau import (India).

Selain itu, turut tersenarai ialah telur ayam gred A, B dan C, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kubis bulat import (Indonesia dan China), bawang merah kecil (India), bawang besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China), ikan kembung, ikan mabung dan ikan selayang.

Para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan serta perlu meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal.

Peniaga yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti./SayangSabah

Hamisa melancarkan Skim Kawalan  Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa peringkat kawasan Tawau, Kalabakan dan Balung di Giant Tawau kelmarin.

Hamisa melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa peringkat kawasan Tawau, Kalabakan dan Balung di Giant Tawau kelmarin.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan