Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniaga Eksploitasi GST, Diambil Tindakan Tegas- Jainab

3:09pm 24/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 15 views Laporan Sidang DUN,Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
 Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid

Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid

KOTA KINABALU- Tindakan tegas akan dikenakan keatas para peniaga yang mengeksploitasi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk mengaut keuntungan yang tinggi secara tidak munasabah.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, pihak kementerian akan meningkatkan pemeriksaan dan penguatkuasaan akta yang berkaitan dengan kawalan harga barang seperti Akta Kwalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014.

“Pemeriksaan dan penguatkuasaan yang dijalankan adalah bagi memastikan bahawa peniaga tidak mengambil kesempatan dari perlaksanaan GST dan menaikkan harga barangan”, katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini (Selasa).

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan daripada Dr Hiew King Cheu (DAP-Luyang) yang ingin tahu mengenai rancangan dan langkah yang telah disediakan oleh kerajaan untuk menangani harga barangan yang semakin meningkat.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak kementerian telah mengambil tindakan ke atas peniaga yang tidak mengikuti peraturan dengan sesuka hati menaikkan harga barang.

Menurut Jainab lagi, sebanyak  145 notis dibawah Seksyen 21 (1) Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan diseluruh sabah.

“Sebanyak 459 kes di bawah AKHAP 2011, 30 kes di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999, 97 kes bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan 318 kes bawah Akta Perihal Dagangan 2011 telah diambil tindakan sehingga kini”, kata beliau.

Selain itu, kata Jainab, pihak kementerian juga telah mengambil beberapa langkah yang lain bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang secara tidak berhemah.

Diantaranya ialah perlaksanaan gerak gempur OPS CATUT, mengadakan kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, mewajibkan peniaga runcit meletakkan tanda harga ke atas barang yang dipamerkan, mengadakan aktiviti jualan dengan kerjasama hypermarket dan pasar raya dan menawarkan barangan keperluan pada harga yang murah serta meneruskan perlaksanaan program sedia ada seperti Pembangunan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M). Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan