Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peniaga dirompak dua orang bersenjata

DSP Douglas Nyeging Taong
DSP Douglas Nyeging Taong

KENINGAU:Hasil keuntungan berniaga seorang peniaga selama dua hari yang berjumlah hampir RM16,000.00 dan seutas gelang emas bernilai RM1,500.00 serta dua buah telefon bimbit  lesap dicuri oleh dua orang perompak lelaki bersenjatakan parang dan pisau.                        

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superitenden  Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, kejadian rompakan itu berlaku di salah sebuah taman perumahan di sini semasa mangsa sedang menyiapkan diri hendak keluar berkerja pada pukul 8.15 pagi padamJumaat.                                                

Katanya, hasil siasatan polis,  mangsa mengatakan bahawa ketika itu mangsa baru sahaja hendak keluar bekerja dan pagar rumah dalam keadaan terbuka.

“Kedua-dua orang saspek  tidak memakai sebarang penutup muka dan salah seorang saspek telah mengacukan pisau ke arah mangsa semasa di pintu utama rumah lalu menyuruh mangsa naik keatas bilik untuk menyerahkan wang tunai” katanya mengesahkan kejadian itu.                          

Walaubagaimanapun katanya, tiada kecederaan pada mangsa dan keluarganya serta mangsa tidak dapat mengecam wajah sebenar  dan jenis kenderaan yang digunakan oleh kedua-dua saspek.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan