Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peniaga dipenjara dan didenda memiliki peralatan polis secara haram

KOTA KINABALU- Seorang peniaga dihukum penjara selama enam bulan dan didenda RM300 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan memiliki peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis secara haram.

Tertuduh, Mohd Noh Mat Jusoh, 57 melakukan kesalahan tersebut di Blok C2, penempatan Telipok, menggatal, pada jam lebih kurang 2.15 p.m. pada 17 Feb lalu.

Noh dihukum dibawah Seksyen 89 (a) Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan semasa polis membuat rondaan OPS Ledak pada hari, wakta dan tempat kejadian. Pegawai polis tersebut memeriksa tertuduh kerana memakai baju T-shirt berwarna hitam yang mempunyai logo Polis Diraja Malaysia.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta tertuduh mendapati, tertuduh memiliki beberapa peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis iaitu empat helai T-shirt berwarna hitam dan sebuah topi berwarna kelabu yang berlogo Polis Diraja Malaysia, dua keping pelekat berlambang polis, satu unit sarung gari jenama ‘Police’ dan satu unit gari.

Hasil siasatan lanjut juga mendapati bahawa tertuduh bukan merupakan anggota polis.

Dalam mitigasi, tertuduh diwakili oleh peguam YBGK memohon hukuman ringan. Namun, pihak pendakwaan memohon agar hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan itu menjatuhkan nama baik PDRM.

Apabila ditanya, tertuduh mengatakan bahawa kesemua barang tersebut merupakan cenderamata daripada rakannya dari Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan