Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniaga didenda RM 20,000 mengambil pekerja PATI

6:33pm 03/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 39 views Jenayah,Mutakhir
KOTA KINABALU- Seorang peniaga didenda sejumlah RM 20,000 oleh Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan mengambil empat orang wanita warganegara Filipina yang tidak mempunyai pas yang sah bekerja dalam permisnya.
Amelia Ajun, 59 telah melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Imigresen Keningau, Bahagian Penguatkuasa, Bangunan Datuk Arif, pada 3 Disember, tahun lalu.
Tertuduh dihukum dibawah Seksyen 55E (2) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 55E(2) Akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM 5,000 dan tidak melebihi RM30,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis tersebut.
Dalam mitigasi, tertuduh meminta agar hukuman ringan diberikan ke atasnya kerana perniagaan yang dimiliki tidak besar. Manakala, pihak pendakwaan mohon hukuman yang setimpal dikenakan ke atas tertuduh.
Hakim Azreena Aziz telah mengenakan denda sebanyak RM 5,000 atau dua bulan penjara bagi setiap imigran itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan