Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peniaga Di Sabah Diminta Letak Tanda Harga

dtkjainab

KOTA KINABALU:  Peniaga di Sabah diminta supaya meletak tanda harga terutama bagi barangan kawalan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad berkata masih terdapat peniaga yang tidak berbuat demikian sehingga menimbulkan kekeliruan kepada pengguna.

“Barang kawalan tidak diletak tanda harga atau tandanya tersorok, tetapi bagi barangan tidak dikawal, terdapat pula tanda harga,” katanya kepada pemberita semasa meninjau harga barangan di dua pasar raya di Likas Jumaat.

Turut meninjau ialah Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri, Balwant Singh dan Ketua Wilayah Sabah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Zainal Shafie.

Beliau berkata kementeriannya dan KPDNKK bersama MPOB akan memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang.

“Harga barang kawalan seperti minyak, tepung dan gula tidak naik. Pengguna perlu tahu tentang perkara ini,” kata Jainab.

Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa.

Sebanyak 17 jenis barangan harga terkawal telah ditentukan bagi negeri Sabah selama 17 hari bermula 20 Julai ini.

Dalam perkembangan lain, Jainab berkata pihaknya akan menubuhkan lebih banyak kedai Borneo Mart di luar bandar untuk menjual barang keperluan asas pada harga berpatutan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata setakat ini terdapat sebuah Borneo Mart di Sabah dan kini kementerian sedang dalam proses memilih peniaga yang berminat.

“Dengan adanya Borneo Mart, ia akan mengurangkan kos pengangkutan kerana tiada caj dikenakan dan sekali gus menguntungkan pembeli khusus di luar bandar,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan