Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peniaga Dan Isteri Nyaris Maut, Penjenayah Lepas Tiga Tembakan

ditembak

MELAKA: Seorang peniaga dan isterinya nyaris maut apabila seorang lelaki melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka di Taman Kasturi Melaka, Semabok.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 Selasa malam ketika pasangan tersebut baru pulang ke rumah mereka dengan kereta dari pasar malam di Taman Sin Ujong Pasir.

Beliau berkata sebaik Yoong Hee Kian, 71, dan isterinya Cheng Kwi Chu, 68, memasuki perkarangan rumah mereka dan mahu membuka pintu rumah, mereka ternampak seorang lelaki memegang sepucuk pistol sedang memanjat tembok rumah mereka.

“Yoong lalu masuk kembali ke dalam keretanya dan turut mengarahkan isterinya berbuat demikian sebelum mereka terdengar bunyi tiga das tembakan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pada masa sama, Yoong turut membunyikan hon keretanya bagi menarik perhatian jiran-jirannya yang menyebabkan penjenayah terbabit dan seorang lagi rakannya yang menunggu di atas motosikal melarikan diri.

Salehhudin berkata pihak polis mendapati tiga kesan tembakan yang dipercayai dari tembakan revolver pada bumper dan cermin belakang kereta Yoong serta pintu besi rumahnya.

Motif kejadian sedang disasat.

Yoong berkata beliau merasakan kelibat orang yang berpistol itu adalah berbahaya dan beliau dan isterinya perlu menyelamatkan diri.

“Saya segera masuk semula ke kereta dan menjerit memanggil isteri saya untuk turut masuk. Kami tunduk di dalam kereta sambil saya menekan hon kira-kira satu minit untuk meminta pertolongan jiran,” katanya.

Beliau berkata beliau dan isteri kemudiannya mendapati penjenayah melarikan diri.

 

Komen


Berita Berkaitan