Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniaga Buntu, Bisnes Ratusan Ribu Kena Gulung Tikar

11:57am 18/12/2015 Pak Roshan 67 views Isu Semasa,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA BHARU – Peniaga vape di Kelantan meminta kerajaan negeri supaya mengkaji semula keputusan tidak memberikan lesen kepada mereka memandangkan ia menyebabkan hampir 500 peniaga di negeri ini terpaksa menanggung kerugian hampir RM50 juta selepas perniagaan mereka terpaksa ditutup dan hanya diberi tempoh 14 hari mengosongkan premis bermula kelmarin.

Peniaga, Khaleb Khan berkata, keputusan terbabit menyebabkan mereka buntu memandangkan sebelum ini mereka memohon lesen untuk menjual alat peranti dan perisa vape itu melalui lesen perniagaan elektronik.

“Kami kecewa memandangkan kesemua peniaga vape terpaksa gulung tikar serta-merta selepas keputusan diumumkan kerajaan negeri kelmarin.

“Apa yang kami harapkan pihak terbabit dapat menimbang semula keputusan itu yang jelas menyebabkan kami buntu dan tidak dapat meneruskan perniagaan,” katanya pada sidang media khas di Lundang, semalam.

Khaleb berkata, hampir 99 peratus peniaga vape di Kelantan merupakan peniaga Melayu dan merupakan anak jati negeri ini dan ia memberi kesan kepada seluruh peniaga-peniaga vape yang mengeluarkan modal lebih ratusan ribu dalam perniagaan terbabit.

“Oleh itu kami berpendirian isu ini akan dibawa ke mahkamah dan menyerahkan tuntutan kepada kerajaan negeri bagi memastikan industri vape sama taraf dengan industri rokok,” katanya.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa solidariti vape Malaysia (Kelantan) turut akan menganjurkan perbahasan awam yang akan dihadiri oleh ahli akademik, pihak kesihatan, agamawan dan pelbagai pihak tentang isu terbabit dalam masa terdekat.

“Kami juga akan mengadakan perjumpaan dengan peniaga-peniaga vape bertempat di Restoran Bonda di Lundang esok (hari ini) bagi membincangkan isu ini dan menandatangani memorandum bersama tanda bantahan kami terhadap keputusan kerajaan negeri.

“Jangan hanya kerana ada satu kes melibatkan peniaga vape ditahan kerana mencampurkan unsur-unsur dadah, kesemua peniaga turut terheret sama.

“Lagipun kami bukannya menggalakkan penagihan tetapi mengurangkan ketagihan merokok tegar yang kebanyakan beralih kepada vape dalam usaha berhenti mengurangkan tabiat merokok,” katanya. – Sinar Harian Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan