Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniaga Bazar Ramadan Tidak Patuhi Panduan Kendalian Makanan

7:39pm 15/06/2016 Pak Roshan 345 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

LABUAN : Hampir kesemua peniaga bazar Ramadan di sini didapati masih tidak mematuhi garis panduan pengendalian makanan.

Daripada 439 peniaga di lapan tapak bazar yang diperiksa, 90 daripada mereka tidak menggunakan sarung tangan, 32 peratus tidak menutup kepala, 25 peratus tidak menggunakan apron, 21 peratus tidak menutup makanan dan 10 peratus daripada mereka tidak ada sijil kesihatan dan suntikan tifoid.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismail kesemua peniaga hanya diberi teguran dan peringatan dalam pemeriksaan di semua bazar Ramadan di sini bermula pada 10 Jun lalu sempena kempen ‘Perhati dan Pilih’.

“Walaubagaimanapun, pada keseluruhannya, tahap kebersihan di kesemua bazar ini adalah memuaskan dengan 98 peratus gerai yang diperiksa mendapat markah melebihi 75 peratus,” katanya kepada media ketika membuat tinjauan di Jalan Wawasan bersama Anggota Parlimen Datuk Rozman Isli dan Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Bashir Alias di sini hari ini.

Katanya berdasarkan pelaksanaan persampelan makanan tahun 2014, terdapat enam sampel makanan gagal dalam ujian mikrobiologi dan dua gagal dalam ujian kimia.

Manakala tahun 2015, sebanyak 10 sampel dilaksanakan dengan enam sampel gagal ujian mikrobiologi.

“Tahun ini kita juga telah melaksanakan ujian keatas 10 sampel dan kini masih menunggu keputusannya,” katanya.

Dr Ismail berkata Operasi Raya akan diadakan pada 23 Jun ini melibatkan Perbadanan Labuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI), Pejabat Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan memberi fokus kepada pelabelan makanan, kerosakan bahan pembungkusan dan barangan melepasi tarikh luput.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan