Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peniaga bazaar ramadan diseru agar sentiasa menjaga kebersihan

1:06pm 07/06/2016 Leolerry Lajius 69 views Tempatan
Samsudin (Tengah) melancarkan Bazaar Ramadhan anjuran JKDB Flat MPS, Karamunting Batu Sapi, Sandakan di sini kelmarin petang.

Samsudin (Tengah) melancarkan Bazaar Ramadhan anjuran JKDB Flat MPS, Karamunting Batu Sapi, Sandakan di sini kelmarin petang.

SANDAKAN: Peniaga bazar Ramadhan khususnya di Flat MPS Sandakan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan makanan dan minuman yang dijual sepanjang bulan puasa ini.

Wakil Rakyat Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, peniaga juga perlu menjaga kebersihan diri serta sekitar kawasan mereka berniaga.

“Peniaga harus memastikan makanan yang dijual sentiasa segar dan bukan makanan yang telah semalaman atau basi. Antara perkara yang diingatkan adalah menjaga kebersihan, baik di gerai mereka mahupun dalam penyediaan makanan dan menjual makanan dengan harga berpatutan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Bazaar Ramadhan anjuran JKDB Flat MPS, Karamunting Batu Sapi, Sandakan di sini kelmarin petang.

“Pengusaha premis makanan juga tidak seharusnya memandang remeh perkara itu kerana ia melibatkan keselamatan dan kesihatan orang ramai.

“Mereka harus memastikan aspek kebersihan diberikan keutamaan dan tidak hanya bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Menurut Samsudin berkata, persekitaran premis makanan yang kotor turut menimbulkan suasana tidak sihat kepada pengunjung yang datang terutama orang luar.

“Keadaan yang kotor itu tidak boleh dibiarkan berterusan dan perlu diambil tindakan segera bagi mengelak pencemaran bau dan kekotoran yang boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

“Selain menjaga kebersihan premis perniagaan dan juga kualiti makanan, para peniaga juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti soal pemakaian, mempamerkan tanda harga dan tidak menghalang lalu lintas semasa menjalankan perniagaan,” katanya.

Hadir sama pemimpin masyarakat dan jawatankuasa UMNO bahagian Batu Sapi./SayangSabah

Samsudin beramah mesra dengan pengunjung yang datang membeli belah juadah untuk berbuka puasa.

Samsudin beramah mesra dengan pengunjung yang datang membeli belah juadah untuk berbuka puasa.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan