Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengusaha Uber perlu mohon permit sah- Raime

5:48pm 06/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 273 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Para pengusaha Uber di Sabah digesa memohon permit yang sah sebelum menjalankan operasi di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk Raime Unggi berkata modus operandi perkhidmatan Uber adalah sama seperti ‘kereta sapu’ maka para pengusaha perlu memohon permit daripada pihak berkuasa.

“Selagi Uber atau pengusaha Grabcar tidak tampil memohon permit, mereka tetap dianggap beroperasi secara haram kerana Seksyen 33 Akta LPKP jelas menetapkan larangan ke atas penggunaan kenderaan perkhidmatan awam yang tidak berlesen.
“Seperti kereta sapu lain membawa penumpang tanpa permit akan sentiasa dipantau oleh pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Tindakan boleh diambil oleh polis dan JPJ ke atas pemandu kenderaan Uber termasuk menyita dan melucut hak ke atas kenderaan-kenderaan tersebut sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 51 Akta LPKP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raimie yang juga Ahli Parlimen Tenom mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu kerajaan membenarkan Uber beroperasi di Sabah.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri dipetik sebagai berkata, tindakan boleh diambil terhadap Uber di Sabah dan Sarawak kerana modus operandi semasa adalah sama dengan “lanun teksi”.

Katanya, Uber masih belum menyerahkan sebarang permohonan permit kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di kedua-dua negeri.

Katanya, Uber masih melanggar undang-undang jalan raya sama seperti pemandu lain melanggar kesalahan trafik atau peraturan pengangkutan.

Raime menegaskan, LPKP hanya mahu pengusaha Uber dan Grabcar mematuhi undang-undang demi memastikan keselamatam dan kepentingan penumpang sentiasa diberi keutamaan.

Menurutnya, adalah penting untuk memastikan pengguna mendapat perkhidmatan teksi yang berlesen dan mematuhi peratusan semasa.

“Sebagai penumpang, sudah pasti anda akan memilih perkhidmatan pengangkutan awam termasuk teksi yang berlesen serta mematuhi peraturan semasa.

“Kita mahu memastikan perkhidmatan kenderaan haram dapat dibendung untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang

Raimie berkata, setakat ini Uber masih belum tampil ke LPKP Sabah untuk memohon permit bagi operasi kenderaan Uber di negeri ini.

“LPKP Sabah  bersama JPJ dan polis akan terus memantau operasi dan perkhidmatan kenderaan pengangkutan haram termasuk operasi perkhidmatan Uber”, tegasnya.

Mengulas kenyataan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking di sebuah porter berita, Raime berkata, walaupun kerajaan pusat melalui Pelan Transformasi Teksi termasuk Uber dibawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersetuju secara prinsip bagi menangani masalah Uber.

“Namun ia perlu dibawa ke Parlimen dan disusuli pindaan akta sedia ada bagi membolehkan Uber turut beroperasi di negara ini”, tegasnya.

Raime berkata, Darell sepatutnya faham dan jelas bahawa ia bukanya boleh terus beroperasi di Sabah walaupun dilulus secara prinsipnya di Semenanjung kerana hak “autonomy” negeri Sabah perlu dihormati.

“Ini kerana ia perlu dipersetujui di peringkat negeri terutama LPKP Sabah. Begitu juga kesnya di Sarawak”, jelasnya.

Beliau berharap MP Penampang akan memberi kerjasama dengan membantu  menggalakkan pengusaha Uber memohon permit mereka dengan LKPK, sebaliknya bukan menyokong pengusaha Uber yang menawarkan perkhidmatan yang tidak sah dan tidak berdaftar dengan LPKP.

Raime berkata, perkhidmatan pengangkutan awam di negeri ini bertambah baik dibawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai pelan dan perancangan telah dibuat, termasuk  Pelan Transformasi Teksi yang akan meningkatkan  kecekapan perkhidmatan sedia ada.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan