Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengusaha Pengangkutan awam diminta memohon lesen logo pengiklanan

4:18pm 27/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 34 views Tempatan
Raimi (kanan) menerima cenderahati daripada Jasni.

Raimi (kanan) menerima cenderahati daripada Jasni.

KOTA KINABALU- Pengusaha pengangkutan awam dinasihatkan supaya memohon lesen untuk melekatkan logo periklanan di kenderaan mereka dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang.

Pengerusi LPKP, Datuk Raime Unggi berkata pengusaha pengangkutan awam perlu mengikuti spesifikasi yang telah dijelaskan dan termaktub di dalam pekeliling 1 2016.

“Mereka (pengusaha pengangkutan awam) mesti membuat permohonan mana-mana pihak yang tidak memenuhi peraturan disediakan yang telah dikuatkuasakan pihak LPKP mereka akan bakal diambil tindakan.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Pengerusi LPKP di Bukit Padang, disini, semalam.

Sementara itu katanya, LPKP giat meningkatkan operasi bagi menangani ulat-ulat tiket dan kehadiran kereta-kereta sapu yang berada di kawasan bandar dan luar bandar bagi mengelakkan kerugian dan saingan kepada pengusaha pengangkutan yang mempunyai permit yang sah.

Beliau juga berharap orang ramai terus membuat aduan kepada LPKP jika ternampak atau terkena dengan ulat-ulat tiket dan kereta sapu ini.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan