Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengusaha pengangkutan awam digesa turun harga tambang

Antara pengangkutan awam bas yang terdapat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.
Antara pengangkutan awam bas yang terdapat di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Para pengguna di negeri ini menggesa syarikat pengangkutan awam supaya menurunkan harga tambang bas selaras dengan penurunan harga runcit bahan api petrol dan diesel.

Mereka mendakwa sebelum ini terdapat pengusaha pengangkutan awam di sekitar bandaraya ini menaikkan harga tambang dengan alasan kos bahan api yang tinggi.

“Sekarang harga runcit untuk petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak dua kali tetapi kadar tambang masih belum diturunkan,” kata Evianna Mazinal, seorang pekerja swasta yang menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja setiap hari.

Beliau mendakwa, tambang bas dari 1Borneo ke pusat bandaraya Kota Kinabalu beberapa tahun yang lalu ialah sebanyak RM1, namun apabila harga minyak naik para pengusaha bas turut menaikkan tambang kepada RM2.

Pelajar kolej Jane Jaiso berkata, dia juga tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bas termasuk bas bandaraya (City Bus) dari 1Borneo ke pusat bandar.

“Ini membebankan masyarakat yang menggunakan pengangkutan awam terutamanya para pelajar,” katanya.

Sementara itu, pemandu bas dari pusat bandar Kota Kinabalu ke 1Borneo menafikan dakwaan bahawan tambang bas naik sehingga RM2.

“Selepas kenaikan harga minyak, ia naik sebanyak 50 sen sahaja dan bukannya RM2. Kami tidak tahu jika ada pemandu bas lain yang naikkan harga.. tetapi kami ikut kadar tambang yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP),” katanya. – Oleh MONICA GIDUNG / Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan