Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengusaha/ pemilik kenderaan perdagangan perlu patuhi peraturan LPKP

9:40pm 18/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 163 views Tempatan
Raime mengetuai Bahagian Penguatkuasa LPKP Sabah dalam menjalankan operasi pemeriksaan depoh di sini, semalam

Raime mengetuai Bahagian Penguatkuasa LPKP Sabah dalam menjalankan operasi pemeriksaan depoh di sini, semalam

TAWAU- Para pengusaha atau pemilik kenderaan perdagangan diingatkan agar mematuhi peraturan yang telah dipersetujui oleh mereka semasa pendaftaran lesen Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Pengerusi LPKP Sabah, Datuk Raime Unggi turut mengingatkan para pemilik kenderaan perdagangan agar tidak meninggalkan kenderaan di tepi jalan raya yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, kenderaan-kenderaan ini hendaklah diletakkan di depoh-depoh yang telah didaftarkan di lesen atau yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Beliau berkata demikian semasa mengetuai Bahagian Penguatkuasa LPKP Sabah dalam menjalankan operasi pemeriksaan depoh di sekitar kawasan sini, semalam.

Selain itu, Raime mengarahkan LPKP Sabah untuk bertindak atas aduan orang awam dan mempergiatkan lagi operasi pemeriksaan depoh serta mengenakan denda kepada pengusaha atau pemilik kenderaan perdagangan yang masih ingkar walaupun telah diberikan amaran oleh LPKP Sabah sebelum ini. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan