Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengusaha pelancongan perlu pastikan pekerja miliki sijil KKM

Kamarlin (belakang enam dari kiri) merakamkan gambar bersama pelajar yang mendapat anugerah kecemerlangan di majlis itu. - foto Aryan De Vera
Kamarlin (belakang enam dari kiri) merakamkan gambar bersama pelajar yang mendapat anugerah kecemerlangan di majlis itu. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Pengusaha pelancongan di negeri ini yang turut menawarkan penyediaan makanan kepada pelancong perlu memastikan pekerja mereka memiliki sijil pengendalian makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi berkata, usaha itu penting kerana di samping mengekalkan standard kebersihan makanan, ia juga dapat mengelakkan kejadian tidak diingini seperti keracunan makanan.

Menurutnya, setiap pekerja wajib mengikuti kursus pengendalian makanan termasuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada pegawai perubatan serta menerima suntikan anti Tifoid (TY2) bagi melayakkan mereka mendapatkan sijil diiktiraf KKM.

“Walaupun setakat ini belum ada sebarang aduan mengenai tahap kebersihan makanan, namun sebaiknya kita bersedia lebih awal agar perkara tidak diingini seperti keracunan makanan dalam kalangan pelancong asing mampu dielakkan.

“Sewajarnya, pengusaha pelancongan mengambil serius perkara ini kerana tahap kebersihan makanan adalah faktor penting dalam industri pelancongan di negeri ini,” katanya ketika ditemui di Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan (SK) Lupak, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kamarlin meminta Jabatan Kesihatan Negeri Sabah agar melakukan membuat pemeriksaan berkala terhadap aspek pengendalian makanan di setiap premis pelancongan di seluruh negeri ini.

Ini kerana, katanya, penguatkuasaan termasuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap setiap pekerja terlibat bagi memastikan mereka memiliki Sijil Pengendalian Makanan daripada KKM.

Beliau menjelaskan bahawa inisiatif itu mampu memastikan setiap pengusaha pelancongan mematuhi peraturan ditetapkan, sekaligus memastikan tahap kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan tidak tercemar. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan