Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengusaha industri pelancongan perlu ubah perkhidmatan sedia ada- Masidi

6:08pm 28/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 3 views Kota Kinabalu,Pelancongan,Tempatan
MASIDI (tiga kiri) memukul gong merasmikan Pameran Pelancongan Antarabangsa Sabah 2016

MASIDI (tiga kiri) memukul gong merasmikan Pameran Pelancongan Antarabangsa Sabah 2016

KOTA KINABALU: Para pemain industri pelancongan diseru agar mengubah perkhidmatan sedia ada kepada perkhidmatan yang lebih mesra pengguna untuk membolehkan industri itu berkembang lebih maju di masa hadapan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, corak perjalanan pelancong ke Sabah kini telah berubah dan ramai dalam kalangan mereka tidak lagi bergantung kepada agensi-agensi pelancongan.

Jelasnya, agensi pelancongan kini perlu meluaskan perniagaan mereka bukan sahaja dalam bidang pelancongan tetapi perniagaan yang memberikan manfaat dalam industri pelancongan.

” Sebanyak 59 peratus pelancong yang mengunjungi negeri ini tidak lagi menggunakan perkhidmatan agensi pelancong.

” Ramai pelancong pada masa kini menggunakan perkhidmatan atas talian untuk menempah hotel dan segala keperluan perjalanan mereka kerana lebih murah,” katanya ketika

“Kini 59 peratus pelancong datang ke Sabah tanpa menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan,” katanya ketika merasmikan pameran pelancongan antarabangsa Sabah 2016 di sini, hari ini

Hadir sama ialah Presiden Persatuan dan Agensi Pelancongan Sabah Datuk Seri Winston Liaw dan Pengerusi Penganjur Dolly Jimayol.

Dalam masa sama, Masidi turut menyeru kepada para pemain industri agar meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan termasuklah cara layanan kepada para pelancong.

Selain itu, beliau turut menyarankan para pengusaha agensi pelancongan agar mempromosikan Sabah dan pakej pelancongan mereka menerusi laman-laman sosial yang sedia ada.

Terdahulu, lebih kurang 25 booth pameran terlibat dalam pameran yang berlansung selama tiga hari bermula hari ini sehingga 30 Oktober ini -Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan