Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengusaha IKS perlu titikberatkan sijil halal

12:58pm 17/11/2016 Leolerry Lajius 4 views Tempatan
Arifin ketika menyampaikan ucapan sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Arifin ketika menyampaikan ucapan sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) diseru agak menitikberatkan perkara mengenai sijil halal.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd Arif berkata, pengusaha IKS perlu mengambil berat mengenai perkara ini kerana pelanggan masa kini amat menitikberatkan perkara tersebut.

“Pengguna pada hari ini amat prihatin untuk mencari, produk halal, berkualiti dan bersih tidak kira masyarakat islam ataupun bukan islam.”

“Sehubungan dengan itu, kerajaan juga telah memperkenalkan satu ketetapan untuk mengukur tahap kawalan halal melalui pensijilan halal,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Sesi Dialog dan Seminar Memperkasa IKS Bumiputera Sabah Melalui Pensijilan Halal, di sini, kelmarin.

Menurut beliau, melalui piawaian yang telah ditetapkan dengan pemilikan sijil halal, pengguna khususnya masyarakat islam akan dapat membuat pilihan dengan mudah dalam memastikan makanan yang dibeli itu adalah halal.

“Dalam membuat pilihan makanan pengguna boleh melihat logo halal dalam premis berkenaan dengan memastikan bahawa logo halal itu adalah seperti yang telah diiktiraf oleh kerajaan,”katanya.

Tambah beliau, kawasan Kota Kinabalu menerima permohonan sijil halal yang tertinggi di negeri ini termasuk juga pengusaha yang bukan beragama islam dan beliau turut menyatakan bahawa kerajaan juga akan terus komited dalam membantu para peniaga untuk mendapatkan sijil halal.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang

Arifin (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Arifin (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan