Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengusaha ikan sangkar, pekerja diculik kumpulan bersenjata

culikkunak

KUNAK: Seorang pengusaha ikan dalam sangkar dan pekerjanya diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata api di Kampung Sapang Air, dekat sini, tengah malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

Difahamkan, polis Sabah akan mengadakan sidang media berhubung kejadian itu tengah hari ini. 

Sementara itu, BERNAMA melaporkan mangsa diculik kira-kira 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay.

Ia adalah kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.

Pada 6 Mei lalu, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna. 

SUMBER – www.bharian.com.my

Komen


Berita Berkaitan