Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengusaha hotel digesa amal budaya ‘hijau’

Pengurus Besar Nippon Paint Sabah, Daniel Yong (kiri) menerima cenderahati daripada President Persatuan Hotel Malaysia, Cheah Swee Hee (tengah) . President Konfederasi Bangunan Hijau Malaysia (MGBC), (Ar.) Sarly Adre Sarkum (kanan).
Pengurus Besar Nippon Paint Sabah, Daniel Yong (kiri) menerima cenderahati daripada President Persatuan Hotel Malaysia, Cheah Swee Hee (tengah) . President Konfederasi Bangunan Hijau Malaysia (MGBC), (Ar.) Sarly Adre Sarkum (kanan).

KOTA KINABALU- Penjagaan kualiti alam sekitar  penting untuk mengimbangi impak pembangunan kian pesat di negara ini.

Justeru itu Semua pengusaha hotel di seluruh Malaysia diseru agar mengamalkan pembangunan hijau dalam pengurusan hotel mereka agar dapat membantu menjaga kualiti alam sekitar di negara ini.

Pengurus Besar Nippon Paint Sabah, Daniel Yong berkata di seminar “Green Hotel” di Hotel le Meridien, industri perhotelan mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama untuk memperbaiki kualiti alam sekitar dan mendidik orang ramai  pentingnya menjaga alam sekitar.

“Dengan mengamalkan dan mengekalkan amalan “hijau” dalam operasi hotel mereka, pengusaha hotel bukan sahaja menaikkan industri perhotelan tetapi mereka juga dapat mempengaruhi dan mendidik orang ramai akan kepentingan amalan hijau ini”, tambahannya lagi.

Turut hadir di seminar itu ialah President Persatuan Hotel Malaysia, Cheah Swee Hee, dan President Konfederasi Bangunan Hijau Malaysia (MGBC), (Ar.) Sarly Adre Sarkum. –Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan