Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengusaha hotel dan restoran segera peroleh sijil halal Jakim

Kamarlin (depan, empat dari kanan) meninjau sepanduk yang dipertandingkan di sambutan itu. - foto Aryan De Vera
Kamarlin (depan, empat dari kanan) meninjau sepanduk yang dipertandingkan di sambutan itu. – foto Aryan De Vera

WESTON – Pengusaha hotel dan restoran tempatan yang belum mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta berbuat demikian bagi memenuhi keperluan pelancong Islam luar negara yang berkunjung ke Sabah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi berkata, ia bagi memastikan pelancong asing terlibat yakin dengan tahap kesucian makanan ditawarkan di restoran halal di negeri ini.

Walaupun tidak menyeluruh katanya, sebahagian besar pelancong asing berkenaan adalah muslim khususnya dari China yang merupakan antara umat Islam teramai di dunia.

“Sebagai umat Islam, kita amat menitikberatkan faktor halal, begitu juga pelancong asing beragama Islam ini yang hanya memilih restoran yang memaparkan sijil halal dari Jakim. Malah, kementerian turut menjangkakan kehadiran ramai pelancong Islam dari Timur Tengah ke Sabah pada tahun ini.

“Kita harus mengambil peluang ini kerana pasaran industri halal adalah luas, malah mencatatkan keuntungan kira-kira RM130 billion setahun di seluruh dunia,” katanya ketika ditemui di sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Kecil Weston, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kamarlin turut menggesa pengusaha-pengusaha hotel di ibu negeri agar dapat menyediakan jadual solat di setiap bilik penginapan bagi memudahkan pelancong muslim mengerjakan rukun Islam itu mengikut waktu tepat di negeri ini.

Beliau berkata, setiap waktu solat di setiap negeri atau negara di seluruh dunia adalah berbeza dan penyediaan waktu solat bagi kawasan-kawasan tertentu di Sabah adalah wajar bagi memenuhi keperluan berkenaan. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan