Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengusaha daging lembu tempatan merungut kerugian

pengusaha daging lembu labuan

LABUAN: Pengusaha daging lembu tempatan di sini merunggut kerana mengalami kerugian akibat kemasukan pengusaha daging dari luar untuk membekalkan daging tambahan musim perayaan Hari Raya baru-baru ini.

Mereka mendakwa kemasukkan pengusaha daging luar itu menyebabkan Labuan menghadapi bekalan daging lembu yang berlebihan sehingga sukar untuk dijual walaupun ditawarkan dengan harga yang lebih murah, malah mereka mendakwa ada daging yang terpaksa dibuang kerana berbau hanyir (busuk).

Sementara itu, pengusaha luar juga turut mengalami kerugian apabila membawa masuk lembu hidup yang tidak dapat disembelih sepenuhnya kerana kekurangan pembeli.

Perkara ini didedahkan oleh Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) selepas beberapa peniaga daging lembu tempatan mengadu mereka mengalami kerugian akibat tindakan pihak berkuasa tempatan membenarkan pengusaha daging luar berniaga bagi memastikan bekalan daging mencukupi sepanjang musim perayaan Hari Raya.

Menurut Pengerusi DUML, Dato’ Sri Mohd Alias Abdul Rahman (gambar), para peniaga daging berkenaan tidak berpuas hati dan kecewa dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang menyebabkan mereka mengalami kerugian.

“Walaupun tindakan pihak berkuasa tempatan itu baik untuk memastikan bekalan daging mencukupi dan pengguna pula boleh membuat pilihan untuk mendapat harga murah, namun dari sudut lain peniaga pula menghadapi kerugian besar kerana tiada pembeli” katanya.

Selain itu katanya, ada juga pengguna yang tertipu kerana membeli daging yang telah berbau hanyir selepas mereka ditawarkan dengan harga yang lebih murah.

Mohd Alias berkata, para peniaga terpaksa menjual daging yang hampir berbau hanyir dengan harga yang lebih murah kerana mereka tidak mempunyai kemudahan penyimpanan daging sembelihan.

Justeru itu, DUML katanya, mahu pihak berkuasa temptan lebih berhati-hati dan mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

“Apa yang diharapkan sepatutnya berbincang dengan peniaga tempatan supaya pihak-pihak yang berkepentingan tidak menggalami kerugian,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan