Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengusaha bengkel juara Anugerah ‘Best Of The Best’ Auto Show Semporna 2016

2:18pm 10/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 96 views Semporna,Tempatan
Jashan bergambar bersama hadiah serta trofi kemenangannya.

Jashan bergambar bersama hadiah serta trofi kemenangannya.

SEMPORNA : Seorang pengusaha bengkel di Lahad Datu telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah ‘Best Of The Best’ Auto Show Semporna 2016 sempena Program Semarak Komuniti 1Malaysia.

Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Jashan, 32, merupakan seorang mekanik di bengkel kepunyaannya sendiri.

Kegigihan serta keyakinan diri terhadap inovasi yang dicipta ke atas kereta proton wira sedan dengan nombor pendaftaran SD 2119 B, nyata membuahkan hasil apabila dia memenangi Kategori ‘The Best Sedan’.

Menurutnya, kemenangan kali ke-25 itu tidak sedikit pun membuatnya bosan sebaliknya semakin bersemangat untuk menghasilkan ciri modifikasi yang lebih mantap untuk kepuasan diri.

“Saya mula menceburi bidang ini pada tahun 2011 dengan membuat sedkit demi sedikit ubah suai terhadap kereta wira dan sudah menyertai auto show di seluruh Sabah.

“Anggaran kos yang sudah saya belanjakan sejak mula hingga hari ini sekitar RM 60,000 tidak termasuk beberapa bahagian yang saya buat sendiri.

“Enjin berfungsi seperti biasa cuma saya tidak menggunakannya di atas jalan raya kerana kenderaan ini hanya untuk auto show. Semalam, saya bawa kereta ini dari Lahad Datu menggubahkan lori milik kawan demi memastikan tiada sebarang kecatatan atau kekotoran melekat  pada cat atau tayar.

“Rekod terbaik saya ialah mendapat naib johan ataupun tempat ketiga sahaja, belum pernah menjadi juara sebelum ini. Kategori yang saya minat adalah kreativiti, ‘costume’, ‘sound blast’ dan modifikasi enjin,” ceritanya dengan rasa rendah diri.

Apa yang lebih membanggakan, pemuda yang tinggal di Taman Sri Perdana itu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Walau setinggi manapun daya kreativitinya, dia tetap mengekalnya logo produk buatan Malaysia di bahagian hadapan bonet depan.

Berbeza dengan pemenang naib johan Kategori Open Saloon, Ejat, 30, yang berasal dari Sandakan meminati bidang itu sejak 2012 dan mempertaruhkan proton saga Edisi Terhad SS 7910 J.

Mengenakan cat jenis ‘candy green’ di bahagian badan kenderaan dan merah di bahagian bonet enjin, rim ‘chrome’ saiz 18 dengan modifikasi moden serta menggunakan tinted hitam nombor dua sekaligus menyerlahkan keindahan seninya.

Ejat bertuah kerana sering mendapat sokongan dan idea daripada rakan-rakannya. Malah, dia turut mengambil nasihat rakannya supaya tidak sekali-kali menjual kenderaan yang membawa tuah dan sudah banyak berjasa kepada dirinya.

Apa yang pasti ialah auto show yang berlangsung di Dataran Semarak Semporna pada Sabtu, dilihat berjaya menjadi medan yang menghinpunkan lebih 5,000 peminat pameran kereta yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

Selain ‘Open Saloon’ dan ‘Best Sedan’, auto show itu turut mempertandingakan beberapa kategori seperti Motorsikal, Skuter, ‘Best Diesel’, ‘Best Retro Car’, ‘Best Compact Car/Kcar’ dan ‘Best Stance and Fitments’.

Pada majlis itu, sambil penilaian dibuat, penganjur utama iaitu Jabatan Penerangan Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna juga mengadakan ‘Semporna Got Talent’ yang menarik minat lebih 100 peserta di pentas utama.

Paling signifikan, warga Semporna adalah unik kerana mereka mempunyai bakat yang besar dan potensi besar baik dalam seni tarian moden dan tradisional, seni nyanyian, seni lakon, lawak, bermain alat muzik mahupun seni mempertahankan diri.Tidak cukup dengan itu, dalam kalangan peserta juga berusia antara enam hingga 45 tahun.

Bagi pihak penganjur, Pengawai Penerangan Bahagian Tawau, Mohd Kaya Iggoh, bakat bukan matlamat utama. Sebaliknya, penglibatan golongan belia serta memberi laluan dan ruang kepada para peserta untuk mengenalpasti bakat masing-masing yang boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Paling penting, program tersebut juga menghubungkan sesama masyarakat untuk bertemu dan merapatkan silaturahim. Di samping itu, program seumpama menjadi platform berkesan untuk para pemimpin setempat mendekati dan menyelami permasalahan rakyat yang didahulukan- PENERANGAN

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan