Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengusaha bas ambil kesempatan naik harga tambang

KOTA MARUDU: Segelintir pengusaha bas pengangkutan awam di sini didakwa mengambil kesempatan dengan menaikkan kadar tambang sehingga 35 peratus untuk perjalanan sehala dari daerah ini ke Kota Kinabalu terutama di musim perayaan.
Seorang penuntut kolej, Anne Sipawal berkata beliau amat terkejut dengan tindakan segelintir pengusaha bas yang menaikkan kadar tambang sehingga mencecah RM40 berbanding harga biasa RM25.
“Sebelum ini harga tambang dari Kota Marudu ke Kota Kinabalu hanya RM25 seorang sahaja, namun pada musim perayaan ada segelintir pemandu yang sewenang-wenangnya menaikkan harga tambang berkenaan,” katanya kepada Sayangsabah di sini semalam.
Beliau berkata, antara alasan yang diberikan oleh para pengusaha terbabit ialah kekurangan bilangan kenderaan awam pada musim perayaan Tahun Baru Cina menyebabkan harga tambang dinaikkan.
“Pemandu tidak seharusnya mengambil kesempatan dengan menaikkan harga tambang sesuka hati kerana sikap tersebut hanya membebankan pengguna,” katanya yang menaiki pengangkutan awam untuk kembali ke Kota Kinabalu menghabiskan cuti perayaan di kampungnya. – Oleh DEWIANA TINGGOLONGON / Sayangsabah
- Gambar Hiasan
– Gambar Hiasan

 

Komen


Berita Berkaitan