Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengurusan sukan digesa jangan tunggu `teguran’

Tawfiq (tiga dari kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada kakitangan KBS dalam majlis pertukaran Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Sambutan Krismas KBS dan Jasamu Dikenang untuk bekas Ahli-ahli LSNS di Dewan Serbagunan, Kompleks Sukan Kota Kinabalu. - foto Jimmy Tan
Tawfiq (tiga dari kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada kakitangan KBS dalam majlis pertukaran Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Sambutan Krismas KBS dan Jasamu Dikenang untuk bekas Ahli-ahli LSNS di Dewan Serbagunan, Kompleks Sukan Kota Kinabalu. – foto Jimmy Tan

KOTA KINABALU – Pengurusan sukan di peringkat daerah di negeri ini wajar mengambil inisiatif sendiri untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah berkaitan hal ehwal sukan di bawah pengendalian masing-masing tanpa perlu menunggu arahan pihak atasan.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakat Titingan berkata, langkah itu penting bagi memastikan keberkesanan dan kredibiliti kementerian itu sebagai badan induk sukan di negeri ini dalam menjaga hal ehwal pembangunan sukan di seluruh negeri.

Menurutnya, kelemahan pengurusan sukan di peringkat daerah bukan sahaja akan menimbulkan isu atau masalah, malah ia akan dijadikan `bahan’ untuk menghentam KBS oleh pihak tertentu terutama menerusi sosial media.

“Kita tidak boleh berpeluk tubuh dalam konteks sosial media masa kini. Apa yang kita buat akan cepat tersebar. Justeru, kita harus ingat dan jaga persepsi masyarakat. Dalam hal ini, perlunya responsif terhadap permasalahan yang berlaku,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pertukaran Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Sambutan Krismas KBS dan Jasamu Dikenang untuk bekas Ahli-ahli LSNS di Dewan Serbagunan, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Hadir sama, Pembantu Menterinya, Datuk Masiung Banah; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Suzanah Liaw; Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Louis Rampas dan Timbalannya, Mahmud Awang Husin.

Tawfiq berkata, pihaknya tidak mahu berlaku rungutan yang berterusan daripada rakyat teruama melibatkan kemudahan sukan yang telah dibina dan disediakan oleh kerajaan menerusi kementerian berkenaan.

“Kalau boleh, sebelum orang buat aduan, kita yang dahulu sedia maklum dan membawa perkara itu untuk dipanjangkan kepada pihak atasan. Ini adalah perkara-perkara yang perlu diperhatikan,” ujarnya.

Mengenai majlis tersebut, beliau mengajak semua pegawai dan kakitangan agensi KBS untuk membuka lembaran baharu dengan penuh komitmen dan keyakinan terhadap diri dan tugas masing-masing. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan