Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengurusan sekolah harus cekap dan berkesan

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick berkata, aspek pengurusan setiap sekolah harus cekap dan berkesan bagi menghadapi perubahan semasa.

Beliau berkata, ini kerana kepentingan pendidikan menutut kesediaan untuk menerima perubahan yang kadangkala tidak dijangka.

“Oleh itu, aspek pengurusan tidak harus dipandang mudah dalam menangani keadaan ini. Pihak sekolah boleh melaksanakan program-program yang dirancang dan disusun mengikut keperluan sekolah.

“Program ini adalah bukti bahawa setiap sekolah bahagian Zon Selatan Kota Belud sentiasa memandang serius keperluan dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena perasmian penutupan Program Motivasi dan Bengkel Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Anjuran

Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara dan Gabungan Sekolah-Sekolah Zon Selatan, di SK Tuguson, di sini, pada Khamis.

Teks ucapanya disampaikan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Carlye Lajimin.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, program seumpama ini mampu memberi suntikan semangat baharu kepada murid-murid serta membantu mereka supaya sentiasa berada dilandasan yang betul.

“Saya yakin dengan terlaksananya Program Motivasi dan Bengkel UPSR, ianya akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus berusaha dan mencapai keputusan cemerlang,” katanya.

Katanya lagi, penganjuran program ini membuktikan komitmen dan iltizam para pendidik yang tinggi dalam memartabatkan serta meningkatkan akademik murid-murid khususnya semua murid Tahun Enam.

“Saya sentiasa menyokong penuh program-program yang mampu memberi impak kepada pembangunan akademik murid. Saya juga berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Pengurus Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara (PBU) Zainurin Sahat, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Mohd Fadzli Abd.Rozan, Guru Besar SK Tuguson merangkap Pengerusi Penganjur Same Salleh dan guru-guru besar Zon Selatan Kota Belud./SayangSabah

Carlye (kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta, turut kelihatan Zainurin(kanan) dan Mohd Fadzli (dua dari kanan).

Komen


Berita Berkaitan