Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengurusan kewangan lemah punca kontraktor gagal laksana projek

hamisaTAWAU – Pengurusan sistem kewangan yang lemah menjadi antara punca segelintir kontraktor gagal menyiapkan projek yang diamanahkan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat (gambar) berkata, kegagalan kontraktor melaksanakan kerja akan mengakibatkan banyak projek terbengkalai seterusnya menimbulkan masalah kepada rakyat dan juga kerajaan.

“Para kontraktor perlu bijak dalam menguruskan kewangan dan tempoh masa dalam melaksanakan sesuatu projek.” katanya ketika merasmikan Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Kontraktor Binaan di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa kontraktor supaya lebih berdisiplin dan fokus dalam melaksanakan sesuatu kerja yang telah diberikan oleh pihak berkenaan.

“Mereka harus berkerja keras dan ikhlas melaksanakan projek yang diamanahkan.. dan bukannya bertindak mengambil komisyen sahaja atau mengharap ‘untung atas angin’ tetapi projek diberikan kepada orang lain,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Hamisa berkata, kerajaan sentiasa menyediakan ruang kepada para kontraktor bagi membolehkan mereka terus mampu berdaya saing.

“Agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sentiasa memainkan peranan mereka dalam membantu kontraktor dan usahawan bumiputra maju ke hadapan,” katanya lagi. – Oleh MASANI SANDAN / SAYANGSABAH

Komen


Berita Berkaitan