Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengurusan Air Di Sabah Tidak Memuaskan – Ketua Audit Negara

3:41pm 21/11/2016 Pak Roshan 858 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

air-matunggong

KOTA KINABALU : Pengurusan kawal selia air di Sabah “kurang memuaskan”, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 hari ini.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya sedang meneliti kelemahan dalam amalan, sistem dan prosedur Jabatan Air Negeri Sabah bagi tujuan penambahbaikan proses kerja khusus berkaitan perolehan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur.

“Usaha ini bagi menutup ruang dan peluang daipada belakuknya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pelaksanaan projek-projek JANS,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

Bulan lepas, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah JANS dan merampas lebih RM114.5 juta setakat ini.

Laporan Ketua Audit Negara itu menyebut audit dijalankan antara bulan Mac 2016 hingga Julai 2016 yang mendapati, antara lain, pembinaan empangan belum dilaksanakan kerana menunggu pihak kejuruteraan.

Selain itu, katanya, kajian keperluan air juga tidak dilaksanakan di peringkat daerah untuk menilai kesediaan air berbanding keperluan air.

Menurut laporan berkenaan, bagi tempoh tahun 2013 hingga 2015, Bahagian Sumber Air telah diperuntukkan sejumlah RM680,000 untuk mengurus dan sebanyak RM560,000 atau 82.53 peratus telah dibelanjakan.

Laporan itu menyarankan agar satu badan kawal selia air ditubuhkan bagi memastikan pengurusan kawal selia air dijalankan dengan cekap dan teratur.

“JPS hendaklah mempercepatkan proses pewartaan bagi memastikan kawasan tadahan air sentiasa dilindungi serta menguatkuasakan perlesenan bagi menjana hasil dan memantau aktiviti air,” menurut laporan itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan