Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengurus syarikat tulis perkataan lucah atas kertas saman didenda

2:18pm 12/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 117 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang pengurus syarikat di denda RM 3,200 atau satu minggu penjara oleh Mahkamah Majistret semalam, kerana menulis perkataan lucah dan makian “Puk*m*k” di atas kertas saman yang dikeluarkan oleh seorang pegawai polis.

Tertuduh Jeffery Sia Kee Shung, 33 yang hadir di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun mengaku telah menghina polis trafik dengan menulis perkataan lucah dan makian pada atas kertas saman di hadapan sebuah hotel, Jalan Tun Fuad Stephen, disini, pada jam 10.40 pagi pada 8 Okotober, tahun lalu.

Jeffery telah dihukum dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam mitigasi, jeffery yang diwakili oleh peguam bela Hamid Ismail memohon agar hukuman denda yang minima dikenakan ke atasnya.

Pendakwaan dilakukan oleh Asp Jakariya Jupakkal. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan