Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengurus syarikat maut motosikal bertembung Myvi di KM 56 Jalan Tawau-Kunak

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 56 Jalan Tawau-Kunak- foto ihsan IPD Tawau
Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 56 Jalan Tawau-Kunak- foto ihsan IPD Tawau

TAWAU – Hasrat seorang Pengurus Syarikat Pengangkutan Persendirian ke Sukau, tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya di Kilometer 56 Jalan Tawau-Kunak, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, mangsa berumur 39 tahun yang menunggang motosikal jenis Kawasaki bertembung dengan kenderaan jenis Myvi dari arah Kunak ke Tawau, meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan dalaman pada bahagian kepala dan badan manakala pemandu Myvi mendapat jahitan bahagian kepala, pipi kanan dan bibir kini dirawat di Hospital Kunak.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, kedua-dua kenderaan itu berlanggar apabila pemandu Myvi dari arah Kunak ke Tawau cuba memotong dan masuk ke laluan kanan lalu bertembung dengan motosikal yang datang dari arah Tawau ke Sukau.

“Akibat pertembungan itu, motosikal tadi terseret dan jatuh ke dalam parit sebelah kanan jalan manakala motokar Myvi terjatuh dalam parit sebelah kiri jalan menuju ke Tawau.

“Kerosakan yang dialami oleh kereta Myvi ialah tayar depan sebelah kanan tercabut dan bahagian tepi sebelah kanan mengalami kerosakan manakala motosikal pula tayar depannya tercabut dan bahagian depan motosikal remuk,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini hari ini.

Awang Besar berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1957 dan meminta saksi yang melihat kejadian tersebut boleh berhubung dengan pihak polis untuk membantu siasatan. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan