Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengurus Ladang Terbunuh Terbabit Dalam Nahas Jalan Raya

KEADAAN kenderaan dipandu mangsa yang remuk selepas kemalangan.
KEADAAN kenderaan dipandu mangsa yang remuk selepas kemalangan.

LAHAD DATU : Seorang pengurus sebuah ladang di sini terbunuh, selepas kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di kilometer 19, Jalan Lahad Datu-Sandakan, dekat sini, petang semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa dikenali sebagai Ramesh Kumar A/L Subramanyam berusia 33 tahun, dikatakan meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata, semasa kejadian mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Sandakan menghala ke Lahad Datu.

Bagaimanapun katanya, sebaik melalui lokasi tersebut, kereta dipandu mangsa dipercayai cuba memotong sebuah motosikal di laluan berselekoh lalu hilang kawalan menyebabkan kenderaanya terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar tiang telekom serta sebatang pokok kelapa sawit dan kemudiannya terbalik beberapa kali.

”Impak kejadian itu, mangsa dikatakan telah tercampak keluar dari kenderaannya. Mangsa yang parah dikepala dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya sambil menambah mayat mangsa telahpun dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat.

Menurut Hamzah, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siatan lanjut masih diteruskan oleh Pegawai Penyiasat Trafik Insp. Mohamad Kemil Rahmat. – NewSabahTimes

KEADAAN kenderaan dipandu mangsa yang remuk selepas kemalangan.
KEADAAN kenderaan dipandu mangsa yang remuk selepas kemalangan.
KEADAAN kenderaan dipandu mangsa yang remuk selepas kemalangan.
KEADAAN kenderaan dipandu mangsa yang remuk selepas kemalangan.

Komen


Berita Berkaitan