Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengunjung UTC Tawau Gempar Gerai Terbakar

6:59pm 22/11/2016 Pak Roshan 3 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

utc

TAWAU – Pengunjung Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau hari ini gempar apabila dua gerai di bangunan yang baru beroperasi pada 15 Ogos lalu terbakar.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, pengunjung UTC itu terkejut apabila sebahagian bangunan tiba-tiba diselubungi asap dan mencetuskan suasana panik.

terbakar utc

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad berkata kebakaran kecil berlaku di dua gerai pakaian di aras dua bangunan itu.

“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 9.40 pagi dan 13 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Faisal berkata tindakan pantas bomba memadamkan api berjaya menyelamatkan gerai lain daripada turut terbakar.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan pihaknya sedang menyiasat punca serta anggaran kerugian ekoran kejadian itu. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan