Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengunaan bahasa Kebangsaan harus bermula di kalangan pelajar

9:55pm 05/05/2016 Leolerry Lajius 50 views Tempatan
_DSC9728

JOHAN…Hj. Awang (kiri) menyampaikan piala kepada SMK Tawau Johan Pertandingan Forum Ramaja 2016.

KOTA KINABALU: Usaha dan amalan untuk menggunakan bahasa Kebangsaan yang betul hendaklah bermula daripada peringkat awal lagi, iaitu dalam kalangan para pelajar.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan sehubungan itu berkata, peranan pihak sekolah amat penting dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar, di samping peranan Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Perkara ini selaras dengan objektif utama Pertandingan Forum Remaja, Pertandingan Deklamasi Sajak dan Syair, serta Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Sabah 2016.
Ia itu untuk menyediakan suasana penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah. Dengan demikian, ini akan mewujudkan satu model penggunaan bahasa baku.
Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa yang sempurna dari segi penggunaan tatabahasa, sebutan dan gayanya,” katanya pada majlis pentutupan pertandingan itu, bertempat di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Tetap KBS, Sabah, Haji Awang Damit Haji Ag. Anak.
Sesungguhnya katanya, ia adalah usaha yang baik dan besar bagi menyokong pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tawfiq berkata, dalam usaha memantapkan, memperkukuh dan memanifestasikan jati diri dan citra bangsa Malaysia yang cemerlang dalam kalangan generasi baharu, pertandingan-pertandingan seperti ini diharapkan dapat mendidik para pelajar, tanpa mengira kaum dan latar bahasa, serta menyedarkan kita semua akan peri pentingnya penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, kerana generasi inilah yang akan meneraju negara suatu hari nanti.
Beliau berharap, dengan adanya kegiatan-kegiatan seperti ini, para pendidik dan pelajar dapat sama-sama menggembleng tenaga dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.
“Saya juga mengharapkan penglibatan para pelajar pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti seperti ini. Saya percaya pelajar-pelajar bukan Melayu juga mahu turut bersama-sama memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan kita,” katanya.
Tawfiq mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak, terutamanya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah serta Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah dalam menjayakan pertandingan ini pada peringkat negeri.
“Inilah antara bukti usaha kita untuk memperkukuh kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa kebangsaan kita,” katanya.
Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Forum Remaja, Pertandingan Deklamasi Sajak dan Syair, serta Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Sabah 2016 kerana menganjurkan majlis yang gilang-gemilang.
“Bagi saya, setiap pertandingan ini menunjukkan iltizam kita untuk bersama-sama terus memperkasakan dan memartabatkan bahasa kebangsaan kita selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan serta memberikan kesedaran kepada anak bangsa bahawa bahasa kebangsaan sangat penting dalam pembinaan sebuah negara bangsa,” katanya./SayangSabah 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan