Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengukuran tanah NCR disambut baik penduduk di 4 buah kampung

11:26pm 12/04/2016 Leolerry Lajius 381 views Tempatan
Kimbin (kiri) dan Patrick (kanan) ketika ditemui media pada majlis tersebut.

Kimbin (kiri) dan Patrick (kanan) ketika ditemui media pada majlis tersebut.

TUARAN: Penduduk empat buah kampung yang terlibat dengan Pelaksanaan Sistem Pantas iaitu projek yang berkaitan dengan pengukuran Tanah Hak Adat Anak Negeri menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk mengukur serta mengeluarkan geran tanah milik mereka.

Menurut Ketua Kampung Kampung Lokos yang telah memegang jawatan sebagai ketua kampung selama 54 tahun, Kimbin Dominic Bin Sandalu, 77, penduduk kampung telah lama membuat permohonan untuk tujuan penyukatan ini dan akhirnya permohonan mereka di tunaikan.

“Kami rasa sangat bertuah kerana akhirnya permohonan kami di luluskan dan mendapat tindakan yang sewajarnya bagi membolehkan kami memperolehi geran tanah milik kami sendiri,” katanya ketika ditemui media sempena majlis taklimat pengukuran Tanah Hak Adat Anak Negeri sempena lawatan Pemantauan oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Dato Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusuf, ke Lembah Kiulu, di sini, hari ini.

Menurut Pengerusi Kemajuan dan Keselamatan Kampung tersebut Patrick Yanggau, 44, penduduk kampung menyambut baik usaha itu memandangkan permohonan untuk tujuan itu telah lama dipohon oleh penduduk kampung.

“Setelah berpuluh tahun membuat permohonan penyukatan tanah akhirnya pada kali ini permohonan kami didengar dan kami rasa amat bersyukur kerana nasib penduduk kampung yang hanya bergantung kepada hasil pertanian dapat dibela,”katanya.

Kampung yang terlibat dalam pengukuran tersebut adalah Kampung Lokos, Kampung Nuluh, Kampung Tiong Ratau serta Kampung Tiong Simpdon dan sehingga 31 Mac tahun ini, jumlah lot yang telah diukur adalah sebanyak 1, 896 lot dengan purata setiap lot yang diusahakan oleh penduduk kampung adalah seluas dua hingga tiga ekar.

Berdasarkan bancian yang telah dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kawasan yang telah diusahakan oleh penduduk adalah seluas 1, 500 hektar yang melibatkan empat buah kampung dengan jumlah penduduk seramai 1,800 orang. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan