Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penguatkuasaan bukan bersifat bermusim: Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid (dua dari kiri) semasa sidang media di PTS, Kimanis, Papar. - foto Jimmy Tan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid (dua dari kiri) semasa sidang media di PTS, Kimanis, Papar. – foto Jimmy Tan

PAPAR – Kerajaan telah mengambil sikap berani dan terbuka untuk mencari jalan penyelesaian terhadap
isu pendatang tanpa izin (PATI) dan sewajarnya ia diterima dengan baik dan tidak dipolitikkan oleh
mana-mana pihak.

Mengingatkan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, masyarakat
harus bijak menapis maklumat dan mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kandungan hasil laporan
Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah kerana dapatan suruhanjaya itu turut mengetengahkan
tindakan penambahbaikan yang diambil oleh agensi kerajaan berkaitan.

“Contohnya, dapatan suruhanjaya ada memberi penekanan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan sistemnya secara beransur-ansur dalam
menangani penyalahgunaan yang digunakan oleh sindiket atau individu tertentu termasuk meningkatkan
ciri-ciri keselamatan pada kad pengenalan dan proses pengeluarannya,” katanya kepada pemberita
selepas melawat Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kimanis, Papar di sini hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan, semua pihak wajar menapis maklumat dan tidak terpengaruh dengan
kenyataan yang memesong daripada laporan sebenar Suruhanjaya Siasatan.

Untuk memastikan isu yang dibangkitkan dalam laporan suruhanjaya itu diambil tindakan, usaha way
forward dan tindakan penambahbaikan diambil dan diberikan sepenuh perhatian.

“Ini adalah komitmen kerajaan untuk menangani isu berkenaan demi kepentingan masa depan negara.
Perkara asas berhubung kandungan laporan Suruhanjaya Siasatan yang perlu sama-sama difahami adalah
ia tidak hanya tertumpu kepada isu dokumen pengenalan diri tetapi juga isu kemasukan PATI.

“Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah usaha penguatkuasaan dan memastikan
wujudnya kemudahan-kemudahan yang berkaitan. Berhubung kemasukan PATI ke Sabah, Suruhanjaya
Siasatan dalam laporannya berpendapat bahawa adalah mustahil untuk membasmi PATI secara
sekaligus.

“Oleh yang demikian, di antara tindakan yang boleh diambil adalah menghapuskan arus tersebut dengan
mengurangkan bilangan kategori ini ke paras yang boleh dikawal. Adalah menjadi tanggungjawab
Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk sentiasa membantu memastikan tindakan penguatkuasaan ini
dilakukan dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Ahmad Zahid berkata, usaha itu telah dipergiatkan dengan memperhebatkan Operasi Bersepadu melalui
kerjasama erat sedia ada antara agensi penguatkuasaan di bawah kerajaan Persekutuan atau kerajaan
negeri Sabah sendiri.

Beliau menegaskan, penguatkuasaan itu tidak bersifat bermusim dan bukan hanya dilaksanakan hanya
selepas laporan Suruhanjaya Siasatan itu diumumkan kerana sejak 2012 hingga akhir November 2014,
seramai 40,654 PATI diusir keluar dari Sabah.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 29,981 orang merupakan warga Filipina manakala 10,005 adalah
rakyat Indonesia di hantar pulang kerana melanggar peraturan imigresen.

Jelasnya, KDN juga menyambut saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman untuk mengambil
tindakan drastik yang memberikan fokus utama terhadap proses penangkapan dan pengusiran PATI
sedia ada di dalam negeri dan menghalang kemasukan PATI baharu. – Oleh Sitti Nor Azizah Talata /
SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan