Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengorbanan wira negara terus dihargai

Pairin (tengah) bersama-sama orang kenamaan dan keluarga mangsa perang dalam upacara memperingati jasa wira negara yang terkoban dalam perang dunia kedua di Tugu Peringatan, Petagas. - foto Jabatan Penerangan
Pairin (tengah) bersama-sama orang kenamaan dan keluarga mangsa perang dalam upacara memperingati jasa wira negara yang terkoban dalam perang dunia kedua di Tugu Peringatan, Petagas. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU : Upacara memperingati wira-wira negara yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua ketika menentang Jepun diadakan dalam suasana ringkas, namun bermakna di Taman Tugu Peringatan, Petagas, di sini hari ini.

Seperti tahun sebelumnya, acara mengenang jasa wira negara yang terkorban beramai-ramai ketika mempertahankan kedaulatan negara diberikan penghormatan oleh kerajaan negeri bagi mengenang jasa mereka.

Beberapa golongan veteran yang ditemui menjelaskan, mereka menghargai usaha kerajaan negeri dalam meneruskan upacara tersebut yang diadakan setiap tahun, sekaligus memastikan perjuangan wira negara itu turut sama dihargai oleh generasi muda.

Seorang waris pejuang yang menghadiri upacara tersebut, Abdul Hadi Diong, 54, memberitahu dia tidak pernah ketinggalan untuk menghadiri upacara itu bagi memperingati jasa moyangnya.

“Kira-kira 20 tahun yang lalu, kawasan tugu dibanjiri orang ramai untuk memberikan penghormatan mereka kepada pejuang-pejuang yang gugur ini, tapi lihatlah sekarang agak kurang,? katanya.

Justeru, beliau mengajak golongan muda di negeri ini bukan sahaja bersama-sama meraikan upacara memperingati wira-wira negara, sebaliknya mengambil pengajaran daripada pengorbanan mereka mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam upacara itu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mendahului orang kenamaan meletakkan kalungan bunga pada tugu peringatan itu.

Sementara itu, Datuk Yusuf Hamdan Diego, 75, berkata, kenangan menaiki keretapi dari Papar ke Kota Kinabalu pada hari itu masih segar dalam ingatan.

“Ketika itu saya cuma berusia empat tahun dan berasa sangat takut kerana suasana suram yang melanda akibat semua tingkap gerabak diarahkan ditutup semasa melalui pekan Petagas,” ujarnya. – oleh Sukri Sarin/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan