Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pengorbanan Stacy hadiah hari lahir terbaik Akim

8:22pm 19/01/2016 Pak Roshan 4393 views Hiburan,Mutakhir
PASANGAN selebriti, Stacy dan Akim. - Foto Shazreen Zamzuri

PASANGAN selebriti, Stacy dan Akim. – Foto Shazreen Zamzuri

 

KELAB peminat Akim & The Majistret mengadakan sebuah majlis kejutan sempena ulangtahun Akim ke-25.

KELAB peminat Akim & The Majistret mengadakan sebuah majlis kejutan sempena ulangtahun Akim ke-25.

KUALA LUMPUR: Pengorbanan tunang, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, yang memeluk Islam pada 24 Ogos lalu dianggap sebagai hadiah hari lahir terbaik buat penyanyi, Akim Ahmad.

Bintang Akademi Fantasia yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25, semalam, berkata hadiah yang diberikan oleh Stacy itu memberi seribu makna dan sukar diungkapkan dengan kata-kata.

“Alhamdulillah, tiada apa yang saya inginkan lagi selain kelancaran majlis pernikahan kami yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Hajat saya sempena hari jadi adalah agar semua pihak mendoakan jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Pengorbanan dilakukan oleh Stacy begitu besar maknanya kepada saya dan ia juga sudah cukup untuk melengkapi hidup saya sepanjang hayat,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi lagu Potret itu menjelaskan, beliau kebiasaannya jarang menyambut hari jadi secara besar-besaran.

Beliau juga meminta tunangnya untuk tidak merancang sebarang majlis sempena ulang tahun kelahirannya.

AKIM dan Stacy selamat melangsungkan pertunangan pada 26 September lalu.

AKIM dan Stacy selamat melangsungkan pertunangan pada 26 September lalu.

“Saya sudah memaklumkan kepada Stacy untuk tidak merancang sebarang majlis. Bagi saya, ucapan ikhlas dan indah dari hati sudah mencukupi sebagai tanda saya sentiasa dalam ingatannya.

“Namun, saya tetap berterima kasih atas usaha keras penyokong Akim & The Majistret yang mengadakan sambutan hari jadi khas untuk saya.

Terharu dibuatnya apabila ada pihak yang membuatkan diri rasa seperti dihargai,” kata Akim dalam nada teruja.

Mengulas mengenai persiapan untuk berentap pada Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) yang bakal berlangsung Ahad ini, Akim menjelaskan, beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang, sebaliknya menyerahkan segala-gala kepada rezeki.

Tambah Akim, pengiktirafan sehingga layak ke AJL30 sendiri sudah boleh dibanggakan dalam portfolio kerjayanya sebagai penyanyi. – BH Online

STACY memuat naik gambar di akaun Instagram miliknya.

STACY memuat naik gambar di akaun Instagram miliknya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan