Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengorbanan anggota Bomba dikagumi

BERANSUR PULIH... Azizah (dua dari kanan) bertanya khabar salah seorang anggota bomba yang disahkan terkena jangkitan virus kencing tikus. - foto Aryan De Vera / Sayangsabah
BERANSUR PULIH… Azizah (dua dari kanan) bertanya khabar salah seorang anggota bomba yang disahkan terkena jangkitan virus kencing tikus. – foto Aryan De Vera / Sayangsabah

KUALA PENYU – Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun memuji dan menghargai pengorbanan yang dipamerkan oleh tiga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang disifatkan beliau sebagai sangat mulia.
Beliau juga terharu dan kagum dengan anggota dari balai bomba di sini itu yang melaksanakan tugas menyelamat mangsa bencana dengan penuh amanah.
“Penghargaan tinggi juga diberikan kepada pihak polis, bomba, tentera serta sukarelawan yang banyak membantu operasi menyelamat mangsa banjirb di kawasan yang terlibat,” katanya semasa membuat lawatan terhadap anggota terbabit di hospital daerah di sini hari ini.
Ketiga-tiga anggota berkenaan kini ditahan di wad hospital daerah di sini selepas disahkan terkena jangkitan virus kencing tikus dipercayai ketika terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir di Beaufort dan Membakut baru-baru ini.
Keadaan semua anggota terbabit bagaimanapun semakin beransur pulih selepas menerima rawatan selama seminggu di hospital tersebut.
Dalam pada itu, Azizah turut menasihati penduduk yang di sekitar kawasan banjir supaya mengambil berat aspek kebersihan makanan dan minuman khususnya bagi mengelak jangkitan virus kencing tikus.
“Selain itu, orang ramai mudah terkena jangkitan Taun, Kolera, demam kepialu sekiranya aspek kebersihan tidak diutamakan terutama selepas pasca banjir,” katanya lagi. – Oleh ARYAN DE VERA / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan