Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan meningkat

Azizah (lapan dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama barisan jawatan kuasa penganjur Majlis Makan Malam Sempena Hari Wanita Sedunia. - foto Aryan De Vera
Azizah (lapan dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama barisan jawatan kuasa penganjur Majlis Makan Malam Sempena Hari Wanita Sedunia. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Penglibatan golongan wanita dalam pelbagai bidang profesional di negara ini khususnya di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam dan korporat semakin memberansangkan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, pencapaian itu dapat disaksikan menerusi penglibatan wanita yang menyandang jawatan utama dalam sektor awam (JUSA) ketika ini iaitu 33.7 peratus tahun lalu berbanding 31.7 peratus pada 2012.

“Pencapaian itu menepati sasaran kerajaan iaitu sekurang-kurang 30 peratus wanita terlibat dalam JUSA,” katanya selepas merasmikan Makan Malam Hari Wanita Sedunia Peringkat Daerah Beaufort, di sini semalam.

Ahli Parlimen Beaufort itu menambah, seramai 93 orang daripadanya berjaya menduduki jawatan ahli lembaga pengarah dalam syarikat tersenarai awam dan pencapaian itu melepasi sasaran asal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian tersebut iaitu 20 orang.

“Usaha ini juga akan diteruskan bagi memastikan penglibatan lebih besar wanita dalam sektor korporat menjelang tahun 2016. Selain itu, 17 peratus (123 orang) Ahli Lembaga Pengarah di Syarikat Menteri Kewangan DiPerbadankan (MKD) pada tahun 2014 adalah wanita berbanding hanya 13 peratus pada 2011,” ujarnya.

Beliau berkata, pembabitan wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik di negara ini juga semakin berkembang dan pencapaian ini membuktikan bahawa peranan golongan itu diiktiraf sebagai tonggak pembangunan negara. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan