Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penglibatan IPTS dalam menganjurkan sukan amat digalakkan

KOTA KINABALU: Kerajaan mengalu-alukan usaha Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negeri ini menganjurkan aktiviti kesukanan dalam usaha untuk menggalakkan masyarakat bersukan dan menjaga kesihatan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Titingan berkata, usaha Kolej Sidma dan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) menganjurkan Karnival Kesihatan Unitar-Sidma 2017, pada tahun depan perlu dicontohi oleh IPTS lain di negeri ini.

“Saya amat berbangga atas usaha Kolej Sidma menganjurkan acara besar-besaran seumpama ini. Saya berharap orang ramai dapat memberikan sokongan seterusnya menjayakan karnival kesihatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat Kolej Sidma ke pejabat beliau di Wisma Muis kelmarin.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian, Awang Damit Awang Anak, Ketua Penolong Setiausaha, Mat Jaidin Mohd Yassin, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sidma Azizah Khalid Merican, Pengarah Kolej Sidma, Dr. Morni Kambri dan Pengerusi Pelaksana Karnival Kesihatan Charity Fun Run 2017, Budysham.

 

Dalam pertemuan tersebut, Tawfiq telah dijemput sebagai tetamu kehormat untuk melancarkan Karnival Kesihatan Unitar-Sidma 2017 yang dijangkakan akan dilancar pada 5 Februari 2017 di Stadium Kompleks Sukan Likas dengan sasaran penyertaan lebih kurang 4,000 peserta larian.

Acara kemuncak program ini adalah Unitar-Sidma Charity Fun Run, di mana larian amal 10KM boleh disertai oleh orang ramai dengan yuran penyertaan sebanyak RM70 sahaja. Pendaftaran awal  dengan yuran pendaftaran sebanyak RM60 di buka bermula pada hari ini dan berakhir pada 31 Disember 2016. Yuran berdaftar berkumpulan adalah sebanyak RM60 seorang dengan minimum 10 orang dalam satu kumpulan.

Selain daripada larian amal, antara program lain yang turut diadakan pada hari pertama karnival adalah seperti SIDMA K1 Kickboxing Amateur Competition, SIDMA Fitness Explorace, Dart Double Competition, Battle of the Band, Fitness Dance, pameran, gerai jualan dan banyak lagi acara menarik.

Saringan bagi pertandingan-pertandingan ini akan diadakan pada 4 Februari 2017 manakala pertandingan akhir akan berlangsung pada 5 Februari 2017.

Bagi yang berminat untuk menyertai atau memerlukan maklumat lanjut mengenai program ini, bolehlah menghubungi Budysam di talian 016-8415199 atau Salumah di 010-3187988./SayangSabah

Tawfiq, Awang Damit, Dr. Morni dan Azizah memegang poster Karnival Kesihatan Charity Fun Run 2017 semasa kunjungan hormat tersebut.

Tawfiq, Awang Damit, Dr. Morni dan Azizah memegang poster Karnival Kesihatan Charity Fun Run 2017 semasa kunjungan hormat tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan