Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENGLIBATAN BELIA DI PERINGKAT ASEAN PERLU SEBAGAI PELAPIS PEMIMPIN

sharul
Datuk Muhammad Sharul Ikram

 

KOTA KINABALU, 6 Mac : Kesedaran dan penglibatan belia di peringkat ASEAN adalah mustahak memandangkan mereka merupakan generasi pelapis yang akan meneruskan kepimpinan negara, pada masa depan.

Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia Datuk Muhammad Sharul Ikram berkata kesedaran dan penglibatan itu juga dilihat begitu penting selari  rancangan pembentukan Komuniti ASEAN, pada hujung tahun ini.

“Kira-kira 60 peratus rakyat di negara anggota ASEAN berumur 35 tahun ke bawah iaitu tergolong dalam golongan belia.

“Ini bermakna keupayaan serta potensi belia amat penting dalam pelbagai aspek termasuk dalam pembentukan Komuniti ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel forum bertajuk ‘Penglibatan Belia Dalam Pertubuhan ASEAN’ sempena giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 di sini, hari ini.

Forum dua hari anjuran bersama Kementerian Luar Negeri dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu antara lain bertujuan memberi pendedahan mengenai isu rantau ASEAN dan kepentingan penglibatan belia di peringkat ASEAN.

Dalam pada itu, Muhammad Sharul turut menggalakkan belia khususnya di negeri ini untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan memandangkan ia mempunyai prospek besar apabila Komuniti ASEAN terbentuk.

“Ini bermakna, belia sekarang boleh merancang masa depan dan merencanakan strategi bagaimana mahu melibatkan diri dalam bidang keusahawanan seterusnya masuk dalam pasaran ASEAN,” katanya.

Terdahulu, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata program seumpama itu menjadi platform bagi mahasiswa khususnya di universiti itu mengutarakan persoalan dan pandangan, selain mempertingkatkan ilmu pengetahuan mengenai isu semasa berkenaan ASEAN.

“Sesungguhnya penglibatan para mahasiswa yang juga merupakan golongan belia di peringkat ASEAN sangat diperlukan,” katanya.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Ismail Ali. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan