Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penglibatan aktif SWEPA dalam kemasyarakatan bantu kerajaan dekati rakyat

9:20am 10/11/2015 Dewiana Tinggolongon 9 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Masidi (tengah) merakamkan gambar bersama Pengerusi Penganjur Datuk Aminah Ambrose (depan,dua kiri), mantan eksekutif komite Datin Jeanette Tambakau (depan, dua kanan) bersama ahli komite pelaksana SWEPA,s Barefoot Solar Project.

Masidi (tengah) merakamkan gambar bersama Pengerusi Penganjur Datuk Aminah Ambrose (depan,dua kiri), mantan eksekutif komite Datin Jeanette Tambakau (depan, dua kanan) bersama ahli komite pelaksana SWEPA,s Barefoot Solar Project.

KOTA KINABALU- Penglibatan secara aktif Persatuan Usahawan & Profesional Wanita Sabah (SWEPA) dalam membantu golongan wanita dan masyarakat di luar bandar telah membantu kerajaan dalam meningkatkan pendekatan yang lebih efektif kepada masyarakat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, penglibatan SWEPA itu menyokong pembangunan agenda kerajaan dalam jangka masa yang panjang.

“Projek Solar Barefoot adalah salah satu inisiatif murni persatuan dalam kalangan masyarakat di mana projek ini berjaya melaksanakan projek solar mapan untuk 100 buah rumah.

“Kita mengakui bahawa pemerkasaan golongan wanita adalah suatu usaha penting kerana kita yakin dan percaya wanita mampu memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun sempena Majlis Makan Malam Amal dan pelantikan SWEPA di Dewan Hakka, semalam.

Menurutnya, SWEPA juga berjaya mempromosikan kepentingan wanita dalam bidang bisnes untuk penjanaan ekonomi mereka.

Katanya, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama masyarakat, SWEPA menjadi satu saluran terbaik bagi usahawan muda untuk berkembang maju.

“Kerajaan Negeri Sabah menyokong anjuran program-program kemasyarakatan untuk kepentingan pembangunan wanita dan seterusnya kepada bangsa,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan pujiannya kepada mantan eksekutif komite untuk kegagahan kepimpinannya iaitu Datin Jeanette Tambakau dan pengerusi penganjur, Datuk Aminah Ambrose serta ahli komite yang lain.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan