Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pengimport Tempatan Didenda RM10,000

LABUAN, 12 Okt – Seorang pengimport tempatan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengimport 2,000 kilogram Ikan Tilapia Merah dan Ikan Patin beku bernilai RM66,000 tanpa permit import.

Hukuman denda itu dijatuhkan Hakim Abu Bakar Manat yang juga memerintahkan hak barangan rampasan (eksibit) dilupuskan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Labuan.

Mengikut fakta kes, sepasukan MAQIS telah melakukan pemeriksaan ke atas kontena  mengandungi ikan-ikan beku itu pada 25 Julai tahun ini di Dermaga Liberty Labuan dan mendapati pengimport terbabit, LSY Enterprise telah mengimport barangan itu tanpa permit.

Mereka menemukan 200 kotak mengandungi 10 kg dan 970 kg Tilapia Merah serta 10 kg Ikan Patin yang dimuatkan dalam kontena tersebut tanpa dokumen yang sah, yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan Seksyen 11 (3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, pengarah MAQIS Labuan, Nazrul Azman Mat Rahim  berkata sebanyak tujuh kes dilaporkan sejak 2015 dengan enam kes diselesaikan dan pengimport terbabit dikenakan kompaun.

“Kami tidak akan bertolak ansur terhadap apa-apa salah laku pengimport, terutama kes-kes melibatkan permit import, dan penguatkuasaan kami tertumpu kepada bekas yang menyimpan bersama makanan beku halal dan tidak halal.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerjasama rapat Liberty Port Management Sdn Bhd (pengendali pelabuhan Labuan) atas rampasan konsainan itu,”kata Azman.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan