Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penghuni rumah kanak-kanak capai keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan penting

5:43pm 29/04/2016 Leolerry Lajius 20 views Tempatan
Jainab (Jainab) menyaksikan penyerahan serah tugas pengerusi lembaga pelawat.

Jainab (Jainab) menyaksikan penyerahan serah tugas pengerusi lembaga pelawat.

KOTA KINABALU: Sejak tahun 2013 kejayaan kanak-kanak yang tinggal di Rumah Kanak-Kanak dalam peperiksaan penting, seperti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan yang membanggakan dengan kejayaan 7A setiap tahun.

Menurut Menteri Pembangunan Msyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat pihak Rumah Kanak-Kanak dan Ahli Lembaga Pelawat dalam memastikan kecemerlangan akademik kanak-kanak.

“Semoga usaha dan niat murni Ahli Lembaga Pelawat yang lama atau yang baru yang dilaksanakan dengan niat baik dan penuh  keikhlasan mendapat keberkatan dari Allah SWT dan sebagai saham akhirat kita kelak.”
“Oleh itu, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Lembaga Pelawat yang baru atas perlantikan ini dan semoga dapat menjalankan amanah ini dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi untuk kita sama-sama memastikan kesejahteraan dan kebajikan kanak-kanak di Rumah ini terjamin,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena majlis penyerahan watikah perlantikan ahli lembaga pelawat rumah kanak-kanak Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Tambah Jainab, tanggungjawab sebagai ahli Lembaga Pelawat adalah selaras dengan objektif dan peranan Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu demi memastikan persekitaran tempat selamat adalah mesra kanak-kanak sesuai dengan perkembangan kanak-kanak.
“Dari segi kewangan juga Lembaga hendaklah menubuhkan Kumpulan Wang Kemudahan untuk menyimpan kemudahan yang diterima sebagai hadiah, derma  dan pemberian daripada orang ramai.”

“Saya berharap ahli Lembaga Pelawat dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan integriti serta tidak menyalahgunakan kedudukan secara langsung dan tidak langsung bagi kepentingan peribadi,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan